Friday, April 2, 2010

Pengenalan

Masjid Baitul Mahabbah, Seksyen 27 Shah Alam telah mula beroperasi sejak tahun 1995. Pada mulanya ianya hanya sebuah surau dan mendapat dana dari Proton Holding Bhd dibina diatas sebidng tanah dengan keluasan 0.6 ekar.
Bagi menampung keperluan penduduk serta para pekerja di Seksyen 27 Shah Alam serta kawasan sekitarnya maka pada tahun 2000 pihak MAIS dan JAIS telah memberi kebenaran serta dinaik taraf menjadi sebuah masjid dan diberi nama Masjid Proton.
Sejak dari itu, pihak Ahli Jawatan Kuasa Masjid telah berusaha sedaya mungkin untuk memakmurkan masjid serta mengumpul dana dengan tujuan pembesaran masjid. Hasil dari sumbangan orang ramai akhirnya Masjid Proton telah berjaya diperbesarkan dan banyak kemudahan telah dapat disediakan bagi kegunaan orang ramai. Dalam keadaan yang serba daif disamping masjid dapat diperbesarkan, sebuat mini dewan, pejabat, bilek mesyuarat serta bilek pengurusan jenazah dapat diadakan.
Pada tahun 2009 nama Masjid Proton telah ditukar kepada Masjid Baitul Mahabbah bagi mencerminkan kesatuan ahli kariah serta bagi menunjukkan identiti yang lebih umum.